TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG - AIRASIA

Terma dan syarat di bawah hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pemegang Kad (“Perjanjian”) Hong Leong Bank (“Bank”). Kecuali dan melainkan untuk ubahan yang dinyatakan di bawah, semua terma dan syarat Perjanjian hendaklah terpakai. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau ketidaktekalan antara terma dan syarat Perjanjian dengan Terma dan Syarat Kad Kredit Hong Leong - AirAsia dalam ("Terma dan Syarat Kad"), Terma dan Syarat Kad sedia ada hendaklah sentiasa terpakai setakat yang berkenaan dengan Kad Kredit Hong Leong - AirAis.

1. Definisi

(a) "Kad" bermaksud Kad Kredit Hong Leong - AirAsia yang dikeluarkan oleh Bank (dengan jenama AirAsia) dan termasuklah kad tambahan, jika berkenaan.
(b) "Akaun Kad" bermaksud akaun Pemegang Kad Utama yang dibuka berkenaan Kad dengan Bank.
(c) “Pemegang Kad” bermaksud nama individu yang tertera pada Kad yang Kadnya dikeluarkan oleh Bank.
(d) “Pemegang Kad Utama” bermaksud Pemegang Kad Utama yang Kadnya dikeluarkan oleh Bank.
(e) "BIGLIFE" bermaksud BIGLIFE Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat: 201001040731 (924656-U)), iaitu pemilik dan pengendali Program Kesetiaan BIG, sebuah anak syarikat tidak langsung AirAsia.
(f) "Program Kesetiaan BIG" bermaksud program penerbangan kerap yang dimiliki dan dikendalikan oleh BIGLIFE yang dengannya Pemegang Kad boleh mendapatkan BIG Poin untuk perbelanjaan pada Kad. Program Kesetiaan BIG sebelumnya dikenal sebagai “BIG”.
(g) "Akaun BIG" bermaksud akaun keahlian kesetiaan BIG yang dengannya BIG poin diberikan dan terakru.
(h) "Ahli BIG" bermaksud mana-mana orang yang diiktiraf oleh BIGLIFE mengikut budi bicara mutlaknya sebagai ahli Program Kesetiaan BIG.
(i) "BIG Poin" bermaksud mata ganjaran yang diberikan kepada seseorang Ahli BIG sebagai sebahagian daripada faedah Kad.
(j) "AirAsia" bermaksud AirAsia Berhad (No. Syarikat: 284669-W).
(k) "Pedagang" adalah suatu individu, firma atau syarikat yang terlibat dalam urusan perniagaan menjual dan menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan.
(l) "Ulang Tahun Kad" bermaksud tarikh ulang tahun pengeluaran Kad.
(m) "Program" bermaksud program Kad Kredit Hong Leong - AirAsia (perkongsian jenama bersama antara Bank dan AirAsia) dan termasuklah apa-apa ubahan atau pindaan terhadap perkara yang sama sebagaimana yang dibuat oleh Bank dan AirAsia dari semasa ke semasa, mengikut budi bicaranya.
(n) "Transaksi Runcit" atau "Perbelanjaan Runcit", bagi tujuan Program ini, bermaksud pembelian apa-apa barangan atau perkhidmatan sama ada di dalam negeri atau luar negara yang telah dibuat atau dicaj kepada Kad, tidak termasuk:

(o) "RM" atau "Ringgit” bermaksud Ringgit Malaysia.
(p) "Pemegang Kad Tambahan" bermaksud seseorang yang Kad tambahan telah dikeluarkan oleh Bank kepadanya apabila dipohon oleh Pemegang Kad Utama.
Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, perkataan dan ungkapan yang masing-masing ditakrifkan atau ditafsirkan dalam Perjanjian hendaklah mempunyai makna yang sama apabila digunakan atau dirujuk di siini dan perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki hendaklah termasuk jantina wanita dan perkataan yang merujuk kepada bilangan tunggal hendaklah meliputi bilangan majmuk dan begitu juga sebaliknya.

2. Program ini disediakan kepada Pemegang Kad Utama dan tertakluk kepada terma dan syarat berikut serta terma dan syarat dalam Perjanjian.

Pengumpulan BIG Poin

3. Untuk layak memperoleh BIG Poin untuk perbelanjaan Kad, Pemegang Kad Utama mestilah:

  1. Ahli BIG berdaftar di bawah Program Kesetiaan BIG;
  2. mempunyai Akaun BIG yang sah; dan
  3. Akaun Kad mestilah sah/aktif, dalam kedudukan yang baik, tidak berada dalam status tunggakan dan tidak melanggar mana-mana Terma dan Syarat Kad (termasuk terma dan syarat Program Kesetiaan BIG) serta terma dan syarat Perjanjian.
Kelayakan akan dibatalkan jika Pemegang Kad Utama telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa tindakan penipuan, menyalahi undang-undang atau kesalahan yang berhubung dengan Akaun Kad dan/atau kemudahan atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh Bank.

4. Sekiranya Pemegang Kad Utama bukan seorang Ahli BIG berdaftar semasa permohonan Kad, Pemegang Kad Utama dengan ini memberi kebenaran dan persetujuan kepada Bank untuk mendedahkan maklumat peribadi Pemegang Kad Utama kepada AirAsia dan/atau BIGLIFE bagi tujuan permohonan pendaftaran Pemegang Kad Utama dengan AirAsia dan BIGLIFE sebagai seorang Ahli BIG. Maklumat peribadi yang boleh didedahkan oleh pihak Bank adalah termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan/nombor pasport, alamat, tarikh lahir, alamat e-mel, nombor (-nombor) untuk dihubungi, kewarganegaraan dan jantina untuk memproses permohonan Pemegang Kad Utama sebagai Ahli BIG.

5. Pemberian BIG Poin kepada Pemegang Kad Utama Akaun BIG untuk Transaksi Runcit dan pengurusan Pengenalan Ahli BIG Pemegang Kad Utama dan pengurusan Akaun BIG Pemegang Kad dikendalikan oleh BIGLIFE dan tertakluk kepada terma dan syarat Program Kesetiaan BIG, termasuklah apa-apa terma dan syarat tambahan yang mungkin dikenakan oleh BIGLIFE dari semasa ke semasa. Terma dan syarat keahlian Program Kesetiaan BIG boleh didapati di www.airasiabig.com atau di aplikasi mudah alih BIG Loyalty.

6. BIG Poin yang diperoleh berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019 akan tetap sah untuk tempoh dua puluh empat (24) bulan dari tarikh pemberian dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama dan BIG Poin akan tamat tempoh secara automatik setelah berakhirnya tempoh bulan yang ke-24.
Selain daripada itu, mana-mana BIG Poin yang diperoleh dan/atau dikreditkan dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama sebelum 31 Mei 2019 (termasuk 31 Mei 2019) akan tetap sah untuk tempoh tiga puluh enam (36) bulan dari tarikh pemberian dan BIG Poin akan tamat tempoh secara automatik setelah berakhirnya tempoh bulan yang ke-36.

7. BIG Poin diberikan kepada Pemegang Kad Utama yang layak berdasarkan jumlah Ringgit Transaksi Runcit yang dibuat dengan Kad yang dikira dan dikumpulkan setiap hari berdasarkan setiap transaksi dan dibundarkan kepada BIG Poin terdekat dengan cara berikut:

Kategori Perbelanjaan Kad Kredit Gold AirAsia Kad Kredit Platinum AirAsia
Transaksi Runcit AirAsia1 RM 1 = 1 BIG Poin RM 1 = 1 BIG Poin
Transaksi Runcit Tempatan2 RM 5 = 1 BIG Poin RM 3 = 1 BIG Poin
Transaksi Runcit Luar Negara3 RM 2 = 1 BIG Poin RM 2 = 1 BIG Poin

1 Transaksi Runcit AirAsia merujuk kepada Transaksi Runcit dengan Kod Kategori Pedagang (MCC) 4511, yang mana nama pedagangnya mengandungi kata kunci 'Air Asia' atau 'AirAsia'.
2 Transaksi Runcit Tempatan merujuk kepada mana-mana Transaksi Runcit yang dilaksanakan dalam Ringgit Malaysia, tanpa mengira lokasi transaksi dilakukan.
3 Transaksi Runcit Luar Negara merujuk kepada mana-mana Transaksi Runcit yang dilaksanakan dalam mata wang asing, tanpa mengira lokasi transaksi dilakukan.

8. BIG Poin Bonus diberikan kepada Pemegang Kad Utama yang layak dengan cara berikut:

Kad Kredit Gold AirAsia Kad Kredit Platinum AirAsia
Bonus Alu-aluan 3,000 BIG Poin tambahan akan diberikan dengan Perbelanjaan Runcit minimum sebanyak RM1,500 (transaksi yang dikira) dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelulusan Kad utama. 5,000 BIG Poin tambahan akan diberikan dengan Perbelanjaan Runcit minimum sebanyak RM2,500 (transaksi yang dikira) dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelulusan Kad utama.
Bonus Suku Tahunan 3,000 BIG Poin tambahan akan diberikan dengan Perbelanjaan Runcit minimum sebanyak RM3,000 (transaksi yang dikira) setiap Suku Tahunan Kalendar*. 5,000 BIG Poin tambahan akan diberikan dengan Perbelanjaan Runcit minimum sebanyak RM5,000 (transaksi yang dikira) setiap Suku Tahunan Kalendar*.
* Takrif Suku Tahunan Kalendar:
Suku Tahunan 1: 1 Januari sehingga dan termasuk 31 Mac
Suku Tahunan 2: 1 April sehingga dan termasuk 30 Jun
Suku Tahunan 3: 1 Julai sehingga dan termasuk 30 September
Suku Tahunan 4: 1 Oktober sehingga dan termasuk 31 Disember

9. Bonus Alu-aluan boleh diberikan kepada kedua-dua Pemegang Kad Baharu dan Pemegang Kad Utama sedia ada setelah memenuhi kriteria sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 8 di atas, terhad kepada SATU penunaian untuk setiap Pemegang Kad Utama, tanpa mengira bilangan permohonan dan Kad yang diluluskan. Bonus Alu-aluan akan dikreditkan ke Akaun BIG Pemegang Kad Utama pada tarikh penyata berikutnya dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelulusan Kad utama.

10. Bonus Suku Tahunan boleh diberikan kepada kedua-dua Pemegang Kad Baharu dan Pemegang Kad Utama sedia ada setelah memenuhi kriteria sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 8 di atas, tanpa apa-apa had atas jumlah Bonus Suku Tahunan yang diperoleh setiap tahun. Bonus Suku Tahunan akan dikreditkan ke Akaun BIG Pemegang Kad Utama pada penghujung bulan kalendar yang berikutnya pada tarikh penyata Kad utama pada penghujung setiap Suku Tahunan Kalendar.

11. Bagi mengelakkan keraguan, ansuran bulanan yang dikenakan terhadap Kad untuk Transaksi Runcit dengan Pelan Pembayaran Lanjutan (EPP) juga berhak mendapat BIG Poin.

12. BIG Poin yang diperoleh oleh Pemegang Kad Tambahan akan dikreditkan ke dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama. Jumlah BIG Poin yang diperoleh secara terkumpul oleh Pemegang Kad Utama dan Pemegang Kad Tambahan (secara kolektif dirujuk sebagai "Pemegang Kad") akan dinyatakan dalam penyata akaun bulanan Pemegang Kad Utama untuk Kad dan akan dikreditkan ke Akaun BIG Pemegang Kad Utama.

13. Bagi mengelakkan keraguan, walaupun BIG Poin boleh diberikan berkenaan dengan Transaksi Runcit yang dibuat oleh Pemegang Kad Tambahan, BIG Poin akan hanya dikreditkan ke Akaun BIG Pemegang Kad Utama dan hanya Pemegang Kad Utama berhak melakukan sebarang penebusan BIG Poin.

14. Pihak Bank akan berusaha sebaik mungkin untuk membuatkan BIG Poin dikreditkan ke akaun BIG Pemegang Kad Utama pada penghujung bulan kalendar mengikut tarikh penyata yang berkaitan dengan Kad. Walau bagaimanapun, pihak Bank boleh mengubah tarikh dan kekerapan pengkreditan BIG Poin tersebut mengikut budi bicaranya yang mutlak dengan notis pemberitahuan terlebih dahulu. Meskipun BIG Poin yang diperoleh oleh Pemegang Kad akan dinyatakan dalam penyata bulanan akaun kad Pemegang Kad Utama, hanya BIG Poin yang telah dikreditkan ke dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama sahaja yang boleh ditebus. Pihak Bank, AirAsia dan BIGLIFE tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kelewatan dan/atau ketinggalan dalam memproses dan mengkreditkan BIG Poin ke dalam akaun BIG Pemegang Kad Utama apabila kelewatan dan/atau ketinggalan tersebut bukan disebabkan oleh kesalahan pihak-pihak di atas.

15. BIG Poin yang dikreditkan ke dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama hanya boleh digunakan untuk penebusan yang dibuat di bawah Program Kesetiaan BIG, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh BIGLIFE dari semasa ke semasa. Untuk menebus BIG Poin seseorang ahli untuk penerbangan AirAsia, Pemegang Kad Utama mesti log masuk ke akaun Keahlian Kesetiaan BIG di www.airasiabig.com atau aplikasi mudah alih BIG Loyalty.

16. BIG Poin yang diperolehi tidak mempunyai nilai tunai atau kewangan. Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, BIG Poin yang diperolehi tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana individu yang lain atau pihak ketiga atau entiti dan juga tidak boleh ditukarkan untuk wang tunai atau kredit. Bagi mengelakkan keraguan, BIG Poin daripada Akaun Kad yang telah luput atau ditutup tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana Akaun Kad yang sedia ada atau yang sah.

17. Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak pada bila-bila masa dengan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada Pemegang Kad dan tanpa liabiliti kepada Pemegang Kad untuk menggantung selama-lamanya, membatalkan dan/atau menamatkan atau mengubah Program ini. Tanpa mengehadkan keluasan makna peruntukan-peruntukan yang disebutkan di atas, pihak Bank, AirAsia dan BIGLIFE tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Kad untuk penggantungan, pembatalan atau penamatan Program atau mana-mana faedah yang tersedia dibawahnya menurut dokumen ini sekiranya berlaku sebarang penarikan balik atau pembatalan mana-mana faedah atau tawaran yang dibuat di bawah Program, termasuklah sebarang pembatalan, penggantungan, penarikan balik dan/atau pengubahan dalam apa jua keadaan yang menjejaskan Pemegang Kad.

18. Pemegang Kad Utama hendaklah menghubungi BIGLIFE dan berhubung terus dengan BIGLIFE berkenaan dengan penebusan BIG Poin atau sebarang pertanyaan atau pertikaian yang berkenaan dengan Akaun BIG Pemegang Kad Utama dengan BIGLIFE. Bank tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan kepada Pemegang Kad Utama terhadap sebarang tindakan atau ketinggalan oleh AirAsia dan/atau BIGLIFE yang berkaitan dengan Program Kesetiaan BIG, termasuk tetapi tidak terhad kepada penebusan BIG Poin oleh Pemegang Kad Utama.

19. Sekiranya Kad Pemegang Kad Utama dibatalkan atau ditamatkan sama ada oleh Pemegang Kad Utama atau Bank, Pemegang Kad Utama tidak akan berhak terhadap BIG Poin yang diperolehi atas Transaksi Runcit yang dibuat dengan Kad yang belum dikreditkan ke dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama, walaupun BIG Poin yang diperoleh mungkin telah dikira ke penyata akaun Kad untuk Pemegang Kad Utama. BIG Poin yang diperolehi tersebut akan dibatalkan secara automatik dan/atau dilucut hak semasa pembatalan/penamatan Kad. Sekiranya Kad Pemegang Kad digantung buat sementara waktu, BIG Poin yang diperoleh daripada Transaksi Runcit yang dilakukan pada Kad yang belum dikreditkan ke dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama tidak akan dikreditkan ke dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama tetapi akan terus dikumpulkan ("BIG Poin Terkumpul"). BIG Poin Terkumpul tersebut hanya akan dikreditkan ke dalam Akaun BIG Pemegang Kad Utama setelah penggantungan ditarik balik. Sekiranya penggantungan tidak ditarik balik dan Kad tersebut dibatalkan atau ditamatkan, BIG Poin Terkumpul tersebut akan dibatalkan dan Pemegang Kad tidak mempunyai hak tuntut dan mengambil tindakan terhadap Bank, AirAsia atau BIGLIFE berkenaan dengan BIG Poin Terkumpul yang dibatalkan tersebut.

20. Sekiranya mana-mana Transaksi Runcit dikehendaki untuk dibalikkan atau dibatalkan pada Kad yang akan ditentukan mengikut budi bicara mutlak Bank tanpa melibatkan sebarang liabiliti oleh pihak Bank, pihak Bank berhak atas budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk mendebitkan akaun Kad Pemegang Kad Utama untuk BIG Poin yang diperolehi daripada Transaksi Runcit yang dikehendaki untuk dibalikkan atau dibatalkan berdasarkan kadar penukaran sebagaimana yang ditentukan oleh pihak Bank mengikut budi bicara mutlaknya, jika BIG Poin yang diperoleh melalui Transaksi Runcit tersebut telah ditebus oleh Pemegang Kad Utama.

21. Transaksi Runcit yang dibuat menggunakan Kad dan penukarannya kepada BIG Poin akan dipaprkan dalam penyata bulanan akaun Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank kepada Pemegang Kad. Pemegang Kad dengan ini bersetuju secara nyata dan beraku janji dengan pihak Bank bahawa adalah menjadi kewajipan Pemegang Kad untuk melaporkan kepada pihak Bank secara bertulis dan dalam tempoh masa tertentu seperti yang mungkin dinyatakan oleh pihak Bank dalam Perjanjian mengenai sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan dalam apa jua bentuk sekalipun yang dinyatakan dalam penyata akaun bulanan Kad, terutamanya yang berhubung dengan Transaksi Runcit yang berkaitan dengan BIG Poin yang diperolehi. Sekiranya Pemegang Kad tidak, dalam tempoh waktu yang dinyatakan dalam Perjanjian, memaklumkan pihak Bank secara tertulis mengenai sebarang kesalahan, percanggahan atau ketidaktepatan tersebut, maka Pemegang Kad akan dianggap telah bersetuju menerima entri tersebut sebagai betul, terakhir dan muktamad. Penyataan tersebut akan dianggap sebagai terikat kepada Pemegang Kad dan Pemegang Kad tersebut adalah terhalang daripada membuat sebarang tuntutan terhadap pihak Bank dengan mendakwa bahawa penyataan tersebut mengandungi sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan.

Status Freedom Flyer - Program Kesetiaan BIG

22. Pemegang Kad Utama kad Platinum AirAsia (“Platinum AirAsia”) akan layak secara automatik untuk Status Keahlian Platinum BIG Program Kesetiaan BIG (yang dikendalikan oleh anak syarikat tidak langsung dan rakan kongsi program AirAsia, BIG) untuk tahun pertama sahaja.

23. Untuk mengekalkan Status Keahlian Platinum BIG untuk tahun ke-2 dan seterusnya, Pemegang Kad Utama AirAsia Platinum MESTI:

(a) mencapai keperluan perbelanjaan tahunan minimum sebanyak RM20,000 (transaksi yang dikira)
Atau
(b) mencapai keperluan kelayakan penerbangan (sektor) menurut terma dan syarat keahlian Program Kesetiaan BIG iaitu dengan melengkapkan sebanyak dua puluh empat (24) hingga empat puluh sembilan (49) sektor penerbangan berkelayakan dengan AirAsia dan/atau sekutunya dalam tempoh dua belas (12) bulan sebelumnya.

Pemegang Kad Utama Platinum AirAsia akan berhak menikmati faedah Keahlian Platinum BIG daripada Program Kesetiaan BIG kecuali kad kredit jenama bersama AirAsia yang baharu akan dilancarkan dengan set tawaran nilai pelanggan yang berbeza seperti yang ditentukan oleh AirAsia dan Hong Leong Bank Berhad.

Status keahlian Pemegang Kad Program Kesetiaan BIG akan dikaji semula untuk kelayakan semula untuk status Platinum melalui tahap keahlian Freedom Flyer berdasarkan bulan ulang tahun menurut tarikh pengeluaran Kad.

FAEDAH DAN KEISTIMEWAAN AIRASIA

24. WiFi Dalam Penerbangan
WiFi Dalam Penerbangan adalah hanya untuk Pemegang Kad Utama Platinum AirAsia dan tertakluk kepada Syarat Penggunaan WiFi AirAsia (yang terdapat di @ wifi.airasia.com), dan mengandungi, antara lain, terma dan syarat berikut:

  1. Kegunaan sekali sahaja dan hanya tertakluk kepada ketersediaan dan untuk tempoh terhad sahaja;
  2. Hanya boleh dicapai guna oleh Pemegang Kad setelah pengaktifan Kad Kredit Platinum AirAsia dan setelah Kad Pemegang Kad dipautkan kepada akaun keahlian Kesetiaan BIG beliau.
  3. Chats Plan 2MB WiFi AirAsia tersedia pada penerbangan AK AirAsia terpilih SAHAJA. Chats Plan 2MB WiFi AirAsia diaktifkan oleh WiFi dan boleh digunakan untuk aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, Kakao Talk & Viber sahaja;
  4. Butiran dan/atau syarat penggunaan WiFi Dalam Penerbangan tertakluk kepada Syarat Penggunaan WiFi AirAsia;
  5. Tidak semua pesawat AirAsia mempunyai WiFi dan justeru itu faedah ini mungkin tidak tersedia pada semua penerbangan AirAsia.

25. Keutamaan Daftar Masuk*, Keutamaan Masuk Naik* dan Bagasi Xpress*

  1. Pemegang Kad Utama Platinum AirAsia yang telah mengaktifkan Kad Platinum AirAsia mereka layak untuk dinaik taraf serta-merta kepada Status Keahlian Platinum BIG. Pemegang Kad Utama dengan Status Keahlian Platinum BIG mestilah log masuk sebagai Ahli BIG di www.airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk menempah penerbangan bagi melayakkan diri untuk Keutamaan Daftar Masuk, Keutamaan Masuk Naik dan Bagasi Xpress di lokasi operasi AirAsia.
  2. Keutamaan Daftar Masuk, Keutamaan Masuk Naik dan Bagasi Xpress tertakluk kepada ketersediaan dan hanya tersedia di lapangan terbang yang terhad/terpilih.
    1. Keutamaan Masuk Naik akan diberikan kepada setiap penerbangan tanpa mengira lokasi berlepas melalui akses Masuk Naik Zon 1 yang tercetak pada pas naik;
    2. Keutamaan Daftar Masuk akan tersedia hanya di kaunter daftar masuk Premium Flex dan/atau Katil Rata Premium di lapangan terbang terpilih. Sehingga tarikh ini, kaunter daftar masuk Premium Flex dan/atau Katil Rata Premium tersedia di kebanyakan lokasi operasi AirAsia dan tertakluk kepada perubahan oleh AirAsia dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa terutamanya jika kaunter daftar masuk Premium Flex dan/atau Katil Rata Premium dibuka di destinasi baharu atau sekiranya yang sedia ada ditutup.
    3. Bagasi Xpress akan diberikan kepada Pemegang Kad Utama Platinum AirAsia melalui penandaan keutamaan bagasi untuk bagasi daftar masuk dan perkhidmatan ini hanya tersedia di kaunter daftar masuk Premium Flex dan/atau Katil Rata Premium yang hanya tersedia di lapangan terbang terpilih. Sehingga tarikh ini, kaunter daftar masuk Premium Flex dan/atau Katil Rata Premium tersedia di kebanyakan lokasi operasi AirAsia dan tertakluk kepada perubahan oleh AirAsia dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa terutamanya jika kaunter daftar masuk dibuka di destinasi baharu atau sekiranya yang sedia ada ditutup.
* PENTING: Faedah Keutamaan Daftar Masuk, Keutamaan Masuk Naik dan Bagasi Xpress tidak akan tersedia dengan serta-merta apabila Pemegang Kad Utama Platinum AirAsia memohon dan/atau menerima Kad Platinum AirAsia mereka, dan tertakluk kepada pengesahan AirAsia tentang waktu apabila faedah-faedah ini akan disediakan kepada Pemegang Kad.

Terma dan Syarat Am

26. Terma dan syarat dalam dokumen ini adalah dikawal selia dan ditakrif mengikut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia.

27. Pihak Bank berhak, setelah memberikan pemberitahuan terlebih dahulu, untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, mengubah suai, meminda atau sebaliknya dengan apa cara sekalipun) sebarang terma dan syarat di sini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mengubah dan/atau menarik balik Program ("Pindaan"). Notis pemberitahuan kepada Pemegang Kad berkenaan dengan Pindaan tersebut hendaklah dibuat mengikut budi bicara mutlak pihak Bank melalui salah satu kaedah komunikasi berikut:

  1. melalui surat pos biasa ke alamat terakhir Pemegang Kad yang diketahui; atau
  2. dengan menghantar notis berkenaan Pindaan tersebut di setiap cawangan Bank; atau
  3. dengan membuat iklan berkenaan Pindaan tersebut dalam satu (1) akhbar pilihan Bank; atau
  4. melalui laman web Bank di www.hlb.com.my; atau
  5. dengan cara notis pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh Bank.
Pindaan tersebut hendaklah dianggap sebagai terikat kepada Pemegang Kad mulai tarikh notis pemberitahuan Pindaan tersebut atau mulai tarikh lain sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak Bank dalam notis pemberitahuan tersebut. Pemegang Kad bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan atau permintaan sebagai pampasan terhadap pihak Bank atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Pemegang Kad sebagai akibat daripada Pindaan tersebut.

28. Keputusan pihak Bank terhadap semua perkara yang berkaitan dengan Program, termasuklah penentuan BIG Poin adalah muktamad dan terikat.

29. AirAsia dan BIGLIFE tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh dikenakan tanggungan untuk asebarang kerosakan, kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara langsung, secara tidak langsung dan kerugian turutan), liabiliti, kecederaan atau kekecewaan yang ditanggung atau dialami oleh Pemegang Kad, yang juga Ahli BIG yang berdaftar, yang berkaitan dengan atau timbul akibat penggunaan atau pengambilan produk atau perkhidmatan yang diperoleh melalui Program Kesetiaan BIG atau yang berkenaan dengan perolehan BIG Poin. Keputusan AirAsia dan/atau BIGLIFE berhubung dengan setiap aspek faedah Program Kesetiaan BIG hendaklah dianggap sebagai terakhir dan muktamad dalam semua keadaan dan tidak ada aduan atau ketidakpuasan daripada mana-mana Pemegang Kad, yang juga Ahli BIG berdaftar, akan dilayan.